UPU and me
Hey guys! Since this is my very first entri, Kakak nak
ucapkan selamat datang
lah ye dekat belog ni. Kakak akan tulis sedikit sebanyak pasal benda benda yang
Kakak rasa mendatangkan pengajaran dan kebaikan pada diri Kakak sendiri dan
juga kalian semua. Jadi beri tepukan untuk diri masing masing *bunyi tepukan
gemuruh*. Okay cukup. So kalau kalian rasa nak jadi IZZies, sila sila lah tekan
butang follow kat situ tau tau *kelip kelip mata*.
So back to the topic. Harini Kakak nak cerita keajaiban yang
Kakak alami dalam proses memohon ijazah sarjana muda melalui system UPU. Untuk
maklumat kalian, system UPU ialah satu system yang akan menentukan sama ada
kita layak atau tidak menyambung pengajian di peringkat seterusnya dan di
manakah tempat kita akan menimba ilmu. Talk about keajaiban, mestilah ia adalah
sesuatu yang hampir tak mungkin terjadi pada seseorang kan? So kisahnya bermula
di sini *ding ding ding ding*
March 2017
Masa ni Kakak berada di semester dua yakni semester akhir
pengajian asasi di UiTM Dengkil. Semua orang tengah bersungguh sungguh
menyediakan diri untuk Final Examination yg akan berlangsung pada penghujung
bulan Mac dan juga mengisi borang permohonan UPU. Ketika ini, Kakak mengambil
keputusan untuk mendengar nasihat Walid agar memohon bidang Sains Aktuari dan
seangkatan dengannya serta Pengajian Perniagaan. Kedua dua jurusan ini masing
masing memerlukan Kakak untuk mendapat CGPA sekurang kurangnya 2.50 dan 2.75.
Sejujurnya Kakak tidak mempunyai keberanian untuk memohon kedua dua bidang ini
kerana Kakak tau, bidang ini tinggi permintaanya dan mestilah anak anak Dekan
sahaja yang layak. Dan ketika itu, perkataan Dekan dan Kakak tidak mungkin
berada dalam satu ayat. 3 pointer pun macam tak mampu. *nangis kat penjuru
bilik*
Kakak decided untuk puaskan hati Walid dan akur dengan
kehendak beliau. Kakak pun menduduki peperiksaan dengan hati yang entahla tak
boleh describe dalam perkataan. Hahahahah. Takut mungkin, sebab Kakak pernah
failed Final exam paper Bio and Chem sem 1. Dan yang paling menyeramkan, otak
Kakak totally blank masa jawab subject Math, my fav subject and I’m blanked!!
Tapi bak kata Walid, past is past and kita masih boleh berdoa.
May 2017
Dua bulan mereput dekat rumah, akhirnya result keluar. Kakak
nervous sangat sebab Kakak rasa Math mungkin failed. Yela, carry marks Kakak
hanya 36 dan Kakak perlu dapat 28% dalam Final paper ni untuk lulus. Tapi
kalian fikir lojik la, orang kena blank attack 10% pun belum tentu dapat
*facepalm*. Dengan izin Allah, Kakak lulus walaupun pointer serius paras
hidung, 2.0 format UPU dan 2.29 format UiTM tapi Alhamdulillah sekurang
kurangnya Kakak tak perlu repeat. Inilah keajaiban pertama yang Kakak alami,
lulus walaupun diserang penyakit blank, huhu.
Namun, ketakutan masih taknak lepaskan Kakak. *ceh ayat nak
drama je kan*. Sebab apa kakak takut? Sebab orang kata pointer selamat untuk
sambung pengajian ialah 2.8, pointer 2.5 akan dapat kos yang entah apa apa je.
Nasib baik UPU ada dua fasa. Maknanya boleh ubah lagila pilihan sebab Kakak memang
langsung tak layak nak mohon kos kos yang Kakak mohon semasa Fasa 1 tu. Tapi
kakak buntu, kos apa yang patut Kakak minta? Yela, dengan pointer yang paras
hidung tu, mana nak pergi. Tunggu Win masuk meminang je ke? Hahaha lol.
Setelah bincang dengan Walid, beliau suruh Kakak google
senarai jurusan yang berkaitan dengan Math, kerana baginya,otak Kakak mempunyai kekuatan dalam subjek
berikut. (masa sekolah ye, masa asasi hm….). jadi Kakak pun tanya Pakcik Google
dan Kakak dapati, fakulti matematik UiTM digabungkan dengan fakulti sains
computer. Jadi, mestilah dua jurusan ni berkaitkan? Setelah meminta pendapat
Walid, Kakak pun kuatkan semangat and isi UPU fasa dua berkenanaan Sains
Komputer je dari pilihan 1 sampai 12. Tapi, kerisauan masih ada, yela, Kakak
punya pointer jadi penghalang. Punyalaa takut sampai Kakak apply UniKL buat
backup plan. Hehehehe
August 2017
3 bulan penuh ketakutan dan kerisauan berlalu. Result UPU
pun diumumkan. Punyalah semangat nak tau, 12:00:01 tengah hari Kakak dan cek
dah keputusan. Guess what? Kakak dapat offer nak further degree kat UiTM di
bawah kos Sc Computer ( Netcentric Computing). *nangis terharu*. Kawan kawan
semua terkejut. Yela pointer sebegitu pun dapat offer, bukan calang calang
bidang pulak tu. Dan yang paling dahsyat, Kakak bukan dapat pilihan yang
kesepuluh ke sebelas ke. Kakak dapat pilihan ketiga tau! *muka riak*. So Inshaa
allah, sebulan daripada sekarang, Kakak akan menjadi penuntut di UiTM Jasin.
#UiTMdihatiku *nyanyi lagu UiTM*
Tamatlah kisah.
So kalian nak tau tak apa yang Kakak buat sampai keajaiban
sebegini berlaku. Yeye, memang kalian akan kata, alaa Kakak, rezeki je tu. Tapi
rezeki pun perlu diusahakan tau. Okay ni rahsia Kakak. Kakak pergi goda pegawai
yang berkenaan sampai dia cayaq dengan Kakak and dia pun tolong Kakak. Kk tak
tipu je *gelak guling guling*. Serius serius, Kakak rasa perkara ni yang
membantu Kakak memperoleh semua keajaiban ini:
1.
Sewaktu keputusan Final Exam dan UPU keluar, Umi
bacakan Yassin dan disedekahkkan kepada Kakak. Ini benda betul, Yassin ada
syafaat dia tersendiri and kalau kita buat sendiri lebih afdhal lah. Tapi Kakak
tak buat huhu
2.
Sehari sebelum keputusan keluar, Kakak minta Umi
doakan Kakak. Ye, Kakak tau setiap ibu akan mendoakan anaknya tapi bila kita
sendiri minta, mesti lebih baik kan?
3.
Kakak buat solat tahajud dan dhuha. Thanks to
Umi, selalu ingatkan Kakak. I didn’t say I did it everyday tapi Kakak adala
buat. Dan bila Kakak buat tu, Kakak bersungguh, and ikhlas sendiri. Bukan sebab
dipaksa paksa
4.
Rezeki Kakak, tempoh keputusan UPU diumumkan
melewati bulan ramadhan. Boleh dikatakan sepanjang bulan Ramadhan, Kakak
mengamalkan surah Al-fath. Surah ni bermaksud kemenangan, kalau kita amalkan
surah ni, inshaa allah didatangkan kemenangan pada diri kita.
Ini
dari segi kerohanian, kenapa Kakak share bab kerohanian dulu? Sebab ada kawan
Kakak kata, zaman sekarang makin teruk sebab macine menentukan segalanya.
machine takde hati, apa hak dia nak tentukan hidup kita. kalian kena ingat,
walaupun system yang menentukan segalanya, tapi Allah yang mengawal segalanya,
bukan setakat system, tapi takdir hidup kita pun di bawah kawalan-Nya. Walid
pesan, kalau kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita. Kakak bukanlah alim
mana, tapi Kakak yakin dan percaya keajaiban ini berlaku kerana didorong
perkara perkara sebegini. Dari segi dunia pulak,
1.
Kakak ukur baju di badan sendiri. Ye, bahasa
kasar dia sedar diri. Kalau pointer setakat tu je jangan lah berangan nak minta
kos yang high demand macam actuarial science, medic, pharmacy, accountancy, law
dan sebagainya. Tak semestinya kos yang tidak tinggi demand atau kurang popular
itu tidak bagus. Rezeki Allah maha luas. Katalah kamu memang minat bidang akaun
tapi tak layak, mohonla bidang yang berkaitan dengannya.
2.
Rajin tanya Pakcik Google. Kita kena tau keadaan
semasa. Jangan dok google pasal kisah rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa,
kisah rasuah menteri menteri, harga kek Datin Seri Rosmah. *gelak*. Google la
pasal keperluan bidang pekerjaan, kadar persaingan dalam satu satu bidang dan university,
pengetahuan seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, lagi lagi hal hal
urusan belajar.
3.
Pedulikan kata kata orang. Macam Kakak, akibat
dengar kata orang, Kakak hampir berputus asa. Setelah dapat tawaran juga, Kakak
hampir lemah semangat juga akibat mendengar kata orang. Ingat yang belajar
kamu, yang menerima ilmu otak kamu. Dan takde sesiapa yang mengenali diri kamu
lebih dari diri kamu sendiri.
4.
Bincang dengan ibu bapa. Mereka yang akan banyak
menyumbang dalam proses pembelajaran kamu nanti jadi mereka berhak menyuarakan
pendapat. Jangan mohon kos yang entah apa apa jika kamu todak minat, itu
mungkin akan melukakan hati ibu bapa kalian.
5.
Paling penting, isi borang upu korang dengan
betul dan tepat. Segala kesalahan kecil dikira, walaupun typo sebab jari gemuk
so beware ye.
That’s
all Kakak rasa, harap membantu la kalian dalam perjuangan masa hadapan ecece. Setakat
ni jela, panjang beno dah ni. Kakak undur diri dlu la ye. And don’t say goodbye
peeps. Say,
“We are walking on
the life path, till we meet again before the path meets its end” ^.^
Comments
Post a Comment